Friday, March 20, 2009

SeLaMat UlangTahUn BuAt SuAmi TerCinta


Semalam, ulangtahun suami tercinta. Selepas solat magrib berjemaah petang 18 hb Mac, saya menghulurkan sebuah bungkusan untuk suami tersayang. Walaupun tak mahal, tapi bagi saya ia cukup bermakna untuk orang yang kita cintai. Kalau ikut kiraan dalam Islam, selepas magrib merupakan berlakunya pertukaran hari baru. Uhibbuka FillahSemoga usia yang mendatang, menjanjikan seribu satu kebahagiaan dan keberkatan dari Allah bersama.


Malam tu, saya mendapat panggilan telefon dari kekanda saya. Akhir perbualan, anak saudara saya, Angah minta untuk bercakap.
"Maksu, sampaikan salam hari lahir pada Pak Su. Minggu lepas hari lahir Maksu, minggu ni Hari Lahir Pak Su, minggu depan hari lahir Angah pulak. Dah sedia hadiah ke??" Saya hampir terlupa..
Angah bertudung bersama adiknya ketika di Pesta Buku 2008 , PWTC.

Angah,anak kedua kakak saya. Umur baru 10 tahun, tapi bijak dan berani dalam berkata-kata. Melihat gelagat dia, saya teringat diri saya ketika kecil.Dia aktif di sekolah dan bijak dalam pelajaran.Kalau bercakap, boleh tahan... Kalau ditanya cita-citanya, dulu nak jadi ustazah. Sekarang dah tukar impian. Katanya, angah nak jadi doktor pakar jiwa sebab hari ini ramai sangat yang ada masalah jiwa.Saya tersenyum mendengar kata-katanya.

Suami selalu berpesan, "Kita doakan anak-anak saudara dan anak kita yang bakal lahir ni menjadi anak yang soleh dan solehah dan berani untuk tegakkan syiar Islam".

Seloka Dari Ust Akhil Sebagai Renungan Di Pagi Jumaat


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer lah minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat.Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat.Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa).

Wednesday, March 11, 2009

RASULULLAH .... RinDuKu PaDaMu TiDak BiSa TerPAdaM



Bismillahirahminirahim..
Agak terlewat untuk mengucapkan Salam Maulidur rasul buat semua...
Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa ala Alihi Wasahbihi Wasalam
Ya rasulullah...
Rinduku padamu tidak pernah terpadam,
namun aku sendiri tidak pasti samada aku mampu atau tidak untuk berjumpa denganmu
Aku mahu menjadi golongan yang istimewa sebagaiman yang kau nyatakan pada sahabat2mu
Katamu, Umat akhir zaman dimana tidak pernah bertemu denganku tetapi cinta mereka padaku sangat hebat seolah-olah pernah bersamaku

Nasyid-nasyid yang bisa merundum perasaan tatkala rindu pada Rasulullah kian menebal..

Rasulullah
Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Thursday, March 5, 2009

Masa yang telah berlalu...


Cepatnya masa berlalu... Sibuk dengan tugasan di pejabat dan menghadiri bengkel sehinggakan kadangkala terlupa tarikh. Allahu akbar !!! Banyaknya masa yang berlalu yang tidak dimanfaatkan. Dengan kesihatan yang agak terbatas, beberapa aktiviti biasa terpaksa ditangguhkan. Moga-moga ianya menjadi pencuci dosa-dosa yang lalu.
Sedar tidak sedar, hari ini hari kelima dalam bulan Mac 2009. Rasanya baru semalam sambut maal hijrah. Dalam masa beberapa hari lagi masayarakat Islam akan sambut Maulidur Rasul..
Beberapa hari yang lepas, ibu negara kita dilanda dengan banjir besar. Subhanallah... Siapa sangka,hujan yang turun dengan mencurah-curah telah menenggelamkan kereta-kereta, hatta van pun turut tenggelam. Inilah yang dikatakan dengan peringatan Allah. Kadangkala, kita sebagai manusia seringkali mengeluh. Tidak puas dengan apa yang diberi. Panas sangat pun marah, hujan punmarah. Manusia tidak pernah puas...
Saya mengingatkan diri saya sendiri. Bersyukurlah dengan apa yang ada.. Manfaatkan setiap anugerah yang diberi.