Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009

Bismillahrahmanirahim
Lama saya tidak menulis. Kekadang kekangan masa yang mendatang atau kegagalan dalam mengurus masa yang ada dalam diri. Malam ini malam terakhir bagi tahun 2008 yang banyak menukilkan nostalgia dalam kehidupan masing-masing. 2008 yang pergi tidak akan dapat berulang lagi sekalipun dengan air mata darah. Jadikan setiap peristiwa yang berlaku sebagai muhasabah untuk diri kita.
Sesekali muncul di benak fikiran... mampukah kita menjadi yang terbaik untuk masa akan datang. mampukah kita istiqamah dengan amalan-amalan kebaikan? Mampukah sifat-sifat buruk dibuang dalam hidup kita? Semoga kita akan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dalam hidup , Insyaallah...
Azam
Bagaimana dengan azam yang lalu ?? Dah tercapai atau sekadar tinggal azam sahaja??

Ya Allah...
Moga-moga aku tergolong di kalangan hambamu yang beruntung ; hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini..
Amin...