Thursday, March 5, 2009

Masa yang telah berlalu...


Cepatnya masa berlalu... Sibuk dengan tugasan di pejabat dan menghadiri bengkel sehinggakan kadangkala terlupa tarikh. Allahu akbar !!! Banyaknya masa yang berlalu yang tidak dimanfaatkan. Dengan kesihatan yang agak terbatas, beberapa aktiviti biasa terpaksa ditangguhkan. Moga-moga ianya menjadi pencuci dosa-dosa yang lalu.
Sedar tidak sedar, hari ini hari kelima dalam bulan Mac 2009. Rasanya baru semalam sambut maal hijrah. Dalam masa beberapa hari lagi masayarakat Islam akan sambut Maulidur Rasul..
Beberapa hari yang lepas, ibu negara kita dilanda dengan banjir besar. Subhanallah... Siapa sangka,hujan yang turun dengan mencurah-curah telah menenggelamkan kereta-kereta, hatta van pun turut tenggelam. Inilah yang dikatakan dengan peringatan Allah. Kadangkala, kita sebagai manusia seringkali mengeluh. Tidak puas dengan apa yang diberi. Panas sangat pun marah, hujan punmarah. Manusia tidak pernah puas...
Saya mengingatkan diri saya sendiri. Bersyukurlah dengan apa yang ada.. Manfaatkan setiap anugerah yang diberi.

2 comments:

Umurina said...
This comment has been removed by the author.
Umurina said...

96. Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri tiu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpahlimpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab yang mereka telah usahakan.

97. Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur

98. Atau patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap - hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

99. Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.