Friday, March 20, 2009

SeLaMat UlangTahUn BuAt SuAmi TerCinta


Semalam, ulangtahun suami tercinta. Selepas solat magrib berjemaah petang 18 hb Mac, saya menghulurkan sebuah bungkusan untuk suami tersayang. Walaupun tak mahal, tapi bagi saya ia cukup bermakna untuk orang yang kita cintai. Kalau ikut kiraan dalam Islam, selepas magrib merupakan berlakunya pertukaran hari baru. Uhibbuka FillahSemoga usia yang mendatang, menjanjikan seribu satu kebahagiaan dan keberkatan dari Allah bersama.


Malam tu, saya mendapat panggilan telefon dari kekanda saya. Akhir perbualan, anak saudara saya, Angah minta untuk bercakap.
"Maksu, sampaikan salam hari lahir pada Pak Su. Minggu lepas hari lahir Maksu, minggu ni Hari Lahir Pak Su, minggu depan hari lahir Angah pulak. Dah sedia hadiah ke??" Saya hampir terlupa..
Angah bertudung bersama adiknya ketika di Pesta Buku 2008 , PWTC.

Angah,anak kedua kakak saya. Umur baru 10 tahun, tapi bijak dan berani dalam berkata-kata. Melihat gelagat dia, saya teringat diri saya ketika kecil.Dia aktif di sekolah dan bijak dalam pelajaran.Kalau bercakap, boleh tahan... Kalau ditanya cita-citanya, dulu nak jadi ustazah. Sekarang dah tukar impian. Katanya, angah nak jadi doktor pakar jiwa sebab hari ini ramai sangat yang ada masalah jiwa.Saya tersenyum mendengar kata-katanya.

Suami selalu berpesan, "Kita doakan anak-anak saudara dan anak kita yang bakal lahir ni menjadi anak yang soleh dan solehah dan berani untuk tegakkan syiar Islam".

1 comment:

Anonymous said...

: "Wahai Tuhan kami, berila kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Al-Furqan:74